Tuesday, October 21, 2008

الفرقان Al-Furqon


Sekadar perkongsian maklumat dengan kawan2... Al-Quran merupakan kitab Samawiy yang terakhir diturunkan oleh Allah taala untuk memberi petunjuk kepada manusia. Dengan al-Quran maka berakhirlah silsilah wahyu dan berhentilah pengutusan rasul. Allah taala menurunkan al-Quran dengan kebenaran dan tiada dusta padanya. Itulah hakikat yang mesti diyakini oleh seorang muslim secara tuntas berdasarkan firman Allah taala:


وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِناً عَلَيْهِ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ عَمَّا جَاءكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجاً وَلَوْ شَاء اللّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَـكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُم فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ إِلَى الله مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

48 . Dan Kami turunkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dengan membawa kebenaran, untuk membenarkan Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk mengawasinya. Maka berhukumlah di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi setiap umat di antaramu, Kami tetapkan satu Syariat dan jalan yang terang. Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia jadikan kamu satu umat, tetapi Ia hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu. Oleh itu berlumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahumu apa yang kamu berselisihan padanya. [al-Ma'idah:48]

Memandangkan al-Quran mengakhiri punurunan wahyu, lantaran itulah ia di sifatkan sebagai mengawasi kitab-kitab yg terdahulu. Mengawasi dalam erti kata menyatakan kebenaran yang terkandung dalam kitab-kitab tersebut dan mendedahkan kebatilan yang menyerupai penyelewengan, kesamaran mahupun perubahan yang cuba dilakukan oleh tangan orang-orang kafir. Dengan kata lain, ia menjadi saksi, membenarkan, memelihara, menghukum dan menjaga isi kandungan asli kitab-kitab samawiy dari campurtangan manusia.

Bahkan al-Quran juga dinamakan al-Furqon iaitu yang membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.
Oleh yang dimikian, Allah memelihara al-Quran dengan sesempurna pemeliharaan. Tidak mungkin diselewengkan atau digubal. Firman Allah taala:


إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

9 . Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. [al-Hijr:9]

لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ

42 . Yang tidak datang kepadanya (al-Qur?an) kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari (Tuhan) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. [Fussilat:42] Berbekalkan dengan kebenarannya, maka al-Quran menyaksikan bahawan kitab Taurat, Injil dan Zabur adalah benar belaka -sebelum diselewengkan- dan kenyataan ini akan terus kekal.


Wallahua'lam...

Wednesday, October 8, 2008

Jika aku Jatuh Cinta…….


Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar...
bertambah kekuatan ku
untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah...
Jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
disepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah....
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah...
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada –Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah, Ya Allah... ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu…..

Amiiin Ya Rabb….

Aku cinta kepadaMu kerana
ENGKAU TUHANKU DAN AKU HAMBAMU…
Ya Rabb…

Diambil dari sini

Pentingkah Akhlak Dalam Berjemaah?


Nampaknya senario politik dewasa ini semakin hangat. Seringkali ana dapati perbezaan pandangan yg berlaku kalangan pimpinan jemaah. Sememangnya diakui bahawa ini adalah lumrah. Manusia dalam soal menanggapi kebenaran pasti tidak pernah sepakat. Bahkan perbezaan pendapat yang diurus dan dijana dalam kondisi yg sihat mampu menghasilkan pendapat yg bernas. Itulah yg dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. dalam ucapan Baginda: "Perbezaan pandangan dikalangan umatku adalah Rahmat".

Jadi bagaimana nak melahirkan individu yg berkhilaf dalam kondisi yg sihat sehingga ia menjadi rahmat kepada jema'ah bukan ujian atau musibah?

Dalam soal melontarkan pandangan, kadang-kadang kita terlalu ghairah hingga terlupa memerhatikan adab-adab dan akhlaknya supaya tindakan kita itu tampak cantik dan indah. Lebih-lebih lagi dalam situasi musuh yg sentiasa mengintai mencari kelemahan, sepatutnya perkara ini perlu ditekankan. Bila pandangan diluahkan pada saluran (akhlak) yg salah maka ia akan dijadikan modal oleh musuh untuk membedil dan membedal jemaah Islam. Akhirnya rahmat jadi ujian kita jg yg rugi.

Apa pentingnya adab dan akhlak dalam jemaah ni? Jawapannya sangat penting! Kerana adab dan akhlak inilah yg membezakan kita dengan parti lawan. Kalau kita tidak menjaga nilai akhlak ini siapa kita dengan mereka? sama saja 2x5.

Kita yg mewarisi perjuangan Rasulullah s.a.w. perlu sedar, baginda diutus untuk meyemai dan menyempurnakan akhlak mulia di kalangan umat manusia. Makanya marilah sama-sama kita usahakan. Sesungguhnya Allah menilai perbuatan kita walau sebesar zarah. Allahummaghfirlana zunubana!

Sunday, October 5, 2008

Eid Mubarak!

Salam Buat Semua Sahabat...


Bersua kembali. Syukur pada Ilahi atas limpahan nikmat yang tidak putus-putus. Sehingga saat ini kita masih bernyawa, bahkan masih dibekalkan iman dan takwa sebagai hidayah sepanjang menjalani liku-liku kehidupan.

Syukran banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang masih setia menziarahi teratak Tomato ni. Walaupun tiada artikel baru yang diterbitkan, namum kesudian kalian meluangkan masa dan menjenguk laman ini amat ana hargai. Ia merupakan kesinambungan ukhuwah yg indah meskipun hanya berlangsung di alam maya. Mudah2an Allah merahmati kalian.

Untuk makluman semua sahabat, pada 25 September 2008 jam 10.00 malam kapal terbang yang ana naik selamat mendarat di KLIA. Penerbangan Egypt Air dari Cairo ke Bombai dan seterusnya ke Kuala Lumpur itu memakan masa lebih 10 jam membelah awan. Sampai saat ini ana merasakan detik-detik setahun yang lalu mengembara di Bumi Anbiyah semacam lintasan mimpi. Terlalu pantas. Seolah-olah baru semalam berlaku. Walaupun begitu, selaut kesyukuran dihamparkan kepada Allah yg mempermudah segala urusan.Segala yg kita alami sudah pasti ia adalah perancangan Yang Maha Esa yang sarata dengan hikmahnya.

Cukup di sini dulu untuk kali ini. InsyaAllah lepas ni Tomato akan berceloteh lagi. Banyak hal yg nak dikongsikan, terutama perkembangan yang berlaku yang ana rasakan semenjak pulang.

Kepada semua sahabat, salam aidilfitri dari Tomato di Selatan tanah air.