Monday, February 11, 2008

Azam ini...

Lama dah rasanya meninggalkan laman ini terbiar tanpa berita, bahan dan cerita baru yg boleh dimuatkan. Bukannya tak mahu menulis, otak ni macam kekeringan idea. Tumpul. Nak menghasilkan satu perenggan ambil masa berjam-jam lamanya... Silap diri sendiri juga yg malas nak mengasah bakat yg ada...

Tapi insyaAllah, dalam hati ini ada azam untuk berubah ke arah yg lebih baik. Bila ada azam, pasti Allah akan permudahkan...

Firman Allah s.w.t:



69 . Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya.

Alhamdulillah petang tadi dapat siapkan tugasan mawaris bertajuk "Ashabul Furudh".
Walaupun ceroi je, tapi tak pe ini satu permulaan. Mula2 confiuse jg, nak buat artikel biasa ke, cerpen ke, karton?

Awalnya pilih buat cerpen coz dah selalu buat artikel biasa tapi baru buat rangka dah boring. Tak de idea la nak mengayat. Kita ni jenis pendiam tak banyak cakap, ayatpun hari2 sama je.

Klu dulu buat karangan Bahasa Melayu, tiap kali periksa mesti pilih rencana. Mudah nak mengarang. Dari sekolah rendah sampai SPM itulah pilian utama.

Tapi sejak pagi tadi usahakan jg melakar kartun. Nak sampaikan tajuk "Asabul Furudh" tu dengan karya kreatif. Alamdulillah, dengan izin Allah terhasil jg 4 lebaran putih yg dah terlakar.

Mudah2an Allah memberkati usaha ini. Amin Ya Rabb...