Tuesday, July 22, 2008

Kedudukan Wanita Sebelum Islam...




Segala puji dan puja diserahkan kepada Allah yang telah menjadikan Islam sebaik-baik agama dan cara hidup bagi umat manusia. Islam adalah cahaya yang menerangi kegelapan dunia. Islam adalah pembela kebenaran. Islam adalah keadilan. Islam adalah kebajikan. Islam adalah landasan menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Baru-baru ni saya diminta menyertai pertandingan forum yang diadakan sempena Perhimpunan Mahasiswi yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Negeri Johor (BKPJM). Topik "MUSLIMAH HARI INI" diketengahkan sebagai bahan perbincangan. Pada awalnya otak saya semacam blur kerana makluman yang lewat. Tapi saat akhir idea datang juga setelah membelek beberapa buah kitab. Alhamdulillah.


Salah satu perkara yang saya sentuh ialah tentang kedudukan wanita sebelum dan selepas kedatangan Islam. Sebagaimana yang kita ketahui, zaman sebelum kedatangan Islam umat manusia ketika itu jauh dari petunjuk dan cahaya Allah. Zaman yang diselubungi kegelapan lantaran kejahilan dan kekufuran yang berleluasa.


Kedudukan wanita pada tempoh itu tidak lebih daripada barang dagangan dan alat pemuas nafsu. Sungguh hina persepsi seorang lelaki terhadap seorang wanita. Lantaran itu belaku berbagai bentuk ppenindasan dan penyeksaan yang terpaksa ditempuhi oleh seorang wanita secara fizikal dan emosinya.


Seorangn wanita dianggap beban bagi sebuah keluarga. Mana-mana suami isteri yang dikurniakan cahaya mata perempuan dianggap mendapat sial yang besar. Mereka diperlakukan lebih hina dari hamba seolah-olah tidak punya nilai dan harga diri walau satu sen. Itulah realiti yang berlaku dalam suasan masyarakat jahiliah. Hal ini telah dirakamkan di dalam al-Quran. Firman Allah taala:

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالأُنثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدّاً وَهُوَ كَظِيم

58 . Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya, sedang ia sangat marah.

يَتَوَارَى مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ أَيُمْسِكُهُ عَلَى هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ أَلاَ سَاء مَا يَحْكُمُونَ

59 . Ia bersembunyi dari orang ramai kerana berita buruk yang disampaikan kepadanya; adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.

Apa yang telah dinyatakan oleh al-Quran ini menjadi bukti tekanan dan seksaan yang melampau oleh masyarakat jahiliyah terhadap wanita. Sejarah juga menceritakan bagaimana Saidina Umar sebelum memeluk Islam pernah menanam anak perampuannya hidup-hidup. Ia tidak menjadi kesalahan dalam undang-undang Jahiliyah bahkan seluruh masyarakat mengiyakan dan membenarkan kekejaman itu.


Itu hal yang berlaku di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah. Penindasan yang lebih menyayat hati juga berlaku di kalangan Firaun-firaun (raja-raja). Mana-mana gundik yang disayangi mereka akan sama-sama dikebumikan saat raja itu meninggal dunia sebagai bukti kesetiaan kecintaan yang tidak berbelah bagi. Hal yang sama turut dirasai oleh wanita-wanita india suatu masa dahulu. Mereka yang kematian suami akan turut sama dibakar bersama jasad suami yang tidak bernyawa lagi. Bayangkan penyiksaan yang maha dahsyat yang tidak mampu dibenarkan oleh akal yang sihat.


Demikianlah kedudukan wanita sebelum Islam. Maka saya yakin dengan mudah kalian dapat membuat perbandingan dengan apa yang telah diberikan oleh Islam kepada anda kan?

0 ulasan: