Sunday, November 22, 2009

Balik Kampung....

Alhamdulillah...
Setelah sekian lama menanti, akhirnya tiba saat pulang ke kampung sempena musim cuti sekolah yg baru sahaja bermula. Sebagaimana yg dijadualkan pesawat Air Asia yg kami naiki akan berlepas pada jam 6.05 petang.

Mungkin penglaman pertama pulang ke kampung sejak menetap di Sabah ini menyebabkab kita agak kelam kabut. Bermula di rumah lagi, kunci rumah hilang. Puas Abi dan Ummi mencari. Terpusing-pusing ke depan ke belakang. Ummi sudah habis ikhtiar. Tinggal lagi Abi yg tak berputus asa mencari. Di luar rumah, teksi yg kami tempah dah menunggu. Masa berangkat dah tiba. "Abg, dah le tu. Kita bagi tahu Cikgu Musnin kunci rumah hilang. Minta tolong dia buat mangga untuk sementara waktu". "Abg, sudahlah. Memang kunci tu nak hilang agaknya". Macam-macam pujukan Ummi ajukan pada Abi tapi tetap terus mencari. Dan akhirnya berkat kesabaran beliau, Allah mengabulkan doanya. Kunci yg sejambak itu ditemui dalam beg Umar yg berbelang hijau muda dan merah jambu. Syukur Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu Umar sangat gembira. Matanya melilau ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah. Senyuman bermain di bibirnya yg mugil. Ternampak gusi yg masih kosong belum di tumbuhi gigi. Tiba-tiba bila berada di dalam pesawat Umar mengaruk. Menjerit dan menangis sampai mengeraskan badannya. Waduh waduh!. Ummi sudah mula panik. Mata-mata penumpang yg lain sudah mula terkalih ke arah kita. Ummi membalas semua pandangan dengan senyuman. Antara panik dan malu. Sabar je lah anakku yg sorang ni. Bisik hati. Mungkin dia keletihan. Maka terpaksalah abi bangun bawa Umar berjalan-jalan. Barulah berhenti teriakannya.

Bila kapal mendarat, Ummi pula buat kesilapan. Kita tiba LCCT sedang Atok dan Nenek menunggu di KLIA. Kesian Atok letih seharian memandu. Dalam hati Ummi ada bisikan negatif yg kedengaran. Ummi rasa kepulangan kita seolah-olah tidak di alu-alukan. Astaghfirullah al-azim. Baru diuji sedikit Ummi dah lemah. Cepat-cepat Ummi halau bisikan syaitan itu.

Kepulangan ini sungguh meletihkan. Tapi bila terpandang wajah Abi yg penyabar dan muka Umar yg comel, Ummi rasa bahagia. Alhamdulillah.

1 ulasan:

sueella said...

Seronok kan bila dah ada anak sendiri.. walaupun kadangkala dia meragam tapi lumrah lah.. kena banyak bersabar walaupun sentiasa diuji dengan karenahnya..