Wednesday, April 30, 2008

Seleksi Perjuangan Nabi Ibrahim A.S...

Semalam hampir beberapa jam saya luangkan masa meronda blog kawan-kawan. Macam-macam ragamlah yang saya perhatikan. Afeqx dengan email-emailnya (kalau tak cukup email saya boleh sumbangkan sikit), Anastasia dengan gambar-gambar hiasan dalamannya, Cybernetic dengan gaya fikir tersendiri, Keristamingsari mengimbau lembaran sejarah (orang Melaka agaknya), Salsa bercerita tentang negara Indonesia, Kak Nur Raudhah tak kurang mantap dengan santapan rohaninya, erm satu lagi sapa punya site yang hitam, anggun, menawan tu? Oh, saya terlupa. Dan ramai lagi blog kawan-kawan yang masing-masing mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Mudah-mudahan kita saling memberikan sokongan dalam hal kebaikan. Dan saya pasti kalian semua seperti saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pengendali Kelab GB iaitu saudara Greenboc. Mari kita sama-sama doakan semoga Allah merahmati beliau dan mempermudahkan segala urusannya.

Saya sebenarnya sangat tertarik dengan artikel yang dipaparkan oleh Akhie Bee dalam blognya iaitu kisah seorang srikandi Islam Siti Hajar. Bahkan sebelum membaca kisah itu lagi sememangnya saya sangat mengagumi keperibadian Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran.

Kisah Baginda meninggalkan Siti Hajar di tengah-tengah ketandusan padang pasir itu hanya salah satu episod daripada siri-siri perjuangan dan pengorban yang Baginda pertaruhkan. Bahkan jika kita amati dan hayati sirah kehidupan Baginda yang penuh pancaroba kita akan menemui satu nilai yang tidak ada sesuatu yang lebih bernilai dari itu iaitu "kemuncak pengabdian diri dan ketaatan hanya kepada Allah!".

Kalian pasti ingat kisah Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail. Perintah itu disahut tanpa banyak soal sedangkan pada zahirnya bertentangan dengan kewarasan akal kita. Titah dijunjung dengan penuh rasa kehambaan. Akhirnya seekor Kibas menggantikan tempat Ismail. Nyata Allah sengaja ingin menguji dan kerana pengorbanan setulus hati itu sejarah mereka dikenang sehingga hari ini. Subhanallah!

Sebelum itu Nabi Ibrahim berjuang menegakkan kalimah Tauhid di kalangan kaumnya. Cabaran yang dihadapi sungguh hebat. Masakan tidak, ayahnya sendiri terlibat dalam kekufuran dan penyembahan berhala. Maka bertungkus lumus Nabi Ibrahim meluruskan pegangan kaumnya ke arah Yang Esa. Sehingga membawa kepada kebencian kaumnya yang bernekad membakar Nabi Ibrahim kerana merasa terancam dengan keberaniannya menegakkan kebenaran. Sehingga tiada siapa lagi yang mampu menyelamatkan Baginda saat itu melainkan Allah!

Lantara kekebalan jiwa yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim, Allah mengurniakannya isteri setabah Siti Hajar. Lantaran pengabdian yang tiada tolok bandingnya Allah mengurniakan Baginda sekeping 'hati yang bersih'.

Ya, itulah yang kita cari. Itulah modal saat bertemu Allah nanti. Kerana Allah sudah berfirman dengan kalam-Nya yang benar belaka:

"(Yaitu) pada hari (ketika) harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih." [as-Syu'ara':88,89]

Ya Allah, kurniakanlah kami hati sesuci embun pagi!!!

2 ulasan:

Cybernetics Mind said...

TQ kerana sudi menjenguk2 blog kengkawan sumer.....itulah yang dikatakan konsep sharing atau perkongsian idea dan maklumat kerana Allah itu menjadikan pemikiran atau minda manusia itu berbeza2 bagi memeriahkan lagi kehidupan manusia di bumi Allah ini.

Ari tu ada sorang sahabat memberi komen dalam YM nyer pada saya "Wah lepas ni glamor lagi ler u....."

Jawab saya : "bukan itu yg kucari tetapi konsep perkongsian itu yang kuhargai"

Salam Ukhuwah... said...

Hee... sekadarnya yang mampu saya lakukan dengan kemudahan yang sangat terhad...

Sungguh saya merasakan sesama sahabat kita saling memerlukan.. lebih2 lagi saya ni yang perlu banyak belajar lagi... Mudah2an Allah memberkati...