Bismillah...
Alhamdulillah...
Masuk rumah langkah kanan. Baca doa. Mohon kebaikan dan perlindungan.
Lama sudah ditinggalkan blog ni tanpa sebarang update. Baru-baru ini, saya tolong kak Khalilah menyiapkan blog khusus untuk komuniti Muslimat TKO. Blog ini saya jadikan bahan eksperimen untuk meng'apply' template-template baru. Sudahnya blog saya yang bercelaru. Oleh kerana fatrah imtihan yang masih belum berakhir, saya tak sempat nak membaik pulihnya lagi. Ah, itu semua alasan sebenarnya.
Semakin saya cuba untuk mengelakkan pengunaan frasa 'tak sempat', makin acap pula ia terpacul daripada bibir saya.
Imam Hassan al-Banna, seorang tokoh perjuangan Islam yang telah mengasaskan gerakan Ikhwanul Muslimin pernah berpesan:
الواجبات أكثر من الأوقات
Kewajipan-kewajipan yang ada lebih banyak daripada waktu yang dimiliki.
Biarpun mengetahui hakikat itu, namun diri saya nampaknya masih berlengah. Sedangkan tanggung jawab yang berlonggok-longgok itu saya pandang sebelah mata sahaja. Malanglah diri ini kelak di sana menjadi orang-orang yang rugi disumpah masa.
Huhu, sekilas renungan dan muhasabah buat diri sendiri.
Thursday, June 19, 2008
Wednesday, May 21, 2008
Hakikat Cinta Hakiki...
Oh, saya tak tahu bagaimana nak mulakan penulisan tajuk yang saya pilih ini. Entah kenapa bayang-bayang persoalan cinta yang hadir. Mungkin kerana saya ini umpama musafir kelana dalam sebuah kembara mencari erti cinta yang sebenarnya. Yang selalu orang sebut-sebut sebagai cinta hakiki tu. Mungkin tanpa sedar kalian juga dalam rombongan itu. Cuba renung sekejap.
Nak takrifkan cinta secara tepat saya tak tahu. Sebab saya tak pernah lagi belajar tentang cinta secara khusus. Tapi sebagai insan yang normal, kita mesti dapat rasakan kewujudan satu naluri dalam diri yang kita pasti bahawa itulah cinta.
Cinta itu paduan antara kasih dan sayang. Ia fitrah insani anugerah Ilahi. Lantaran cinta timbul rasa ingin mengasihi dan dikasihi, ingin menyayangi dan disayangi.
Tapi dari mana datangnya cinta?
Sebagai seorang mukmin, kita meyakini bahawa Allah yang mencipta seluruh alam ini. Jadi cinta itu tak terkecuali. Ia adalah ciptaan Allah. Allah yang menjadikan cinta. Jadi Dialah sumber cinta yang sebenarnya. Ya, cinta hakiki yang selalu disebut-sebut tu.
Allah Pencipta cinta? Ya, itu pasti. Tapi Allah sumber cinta, apa buktinya?
Bukti? Kenapa saya lontarkan soalan ni. Huhu, susah nak jawab. Jika tak tepat pembuktian saya akan dipersalahkan. Tapi tak pe, saya cuba. Kalau salah kawan-kawan betulkan ye.
Kita cerita dulu.
"Ain, makanlah buah ni."
Saya suakan buah tembikai susu yang siap saya kupas, potong dan atur atas piring. Sepanjang hidup saya, tembikai susu di sini yang paling manis dan lemak saya rasakan. Uii, sedap kawan-kawan. Kalah tembikai susu di Malaysia.
"Tak nak ayu. Makanlah. Ain tak makan buah tu."
Sebenarnya saya tau dah si Ain ni tak makan buah tu. Saje saya pelawa, kot-kot terbuka hatinya nak merasa. Ye la, sape tak pelik. Dalam dunia ni ada juga orang yang tak makan Honey Dew yang menjadi kegemaran Sinyu dalam karton Doremon. Bila ditanya kenapa?
"Entahlah. Ain tak rasa nak."
Erm, apalagi nak dikata. Suka, gemar, minat, cinta itu tak boleh dipaksa-paksa.
Ya, cinta tak boleh dipaksa. Seribu alasan sekalipun tidak boleh memaksa kita menyintai sesuatu dan seribu alasan juga tidak bisa menghalang kita untuk menyintai sesuatu.
Cinta itu datang tanpa dipinta. Cinta itu hadir tanpa dipaksa. Nah, itulah bukti cinta itu sumbernya Allah. Allah Yang Maha Esa.
Bila Dia menghendaki cinta jatuh ke dalam hati kita terhadap sesuatu, sesiapapun dan apa jua sekalipun tidak akan mampu menghalang.
Begitu juga jika Dia tidak mahu ada cinta antara kita dan sesuatu, sesiapapun malah apa jua sekalipun tidak bisa memaksa cinta untuk hadir.
Erm, macam mana? Sudah terbuktikah Allah itu sumber cinta? Saya pasti kalian sendiri pernah merasa. Cuba renung-renung sejenak.
Cinta itu hidayah dan anugerah-Nya. Dialah sumber segala cinta.
Ada orang yang Allah kurniakan cinta kepada dunia. Ada orang yang Allah kurniakan cinta kepada akhirat.
Jadi, jika diri kita ini pencinta dunia dan ingin berubah menjadi pencinta akhirat; mohonlah kepada Allah kerana Dia sumber segala cinta.
Ada orang Allah kurniakan cinta kepada maksiat. Ada orang yang Allah kurniakan cinta kepada amal kebajikan.
Jadi jika kita ini pencinta maksiat dan ingin berubah kepada pencinta amal kebajikan; mintalah kepada Allah kerana Dialah sumber segala cinta.
Ada orang yang Allah kurniakan cinta kepada ilmu. Ada orang yang Allah kurniakan cinta kepada perjuangan.
Jadi jika kita bukan pencinta ilmu dan perjuangan dan kepingin menuju ke arah itu, maka mohonlah kepada Allah. Dialah sumber segala cinta.
Jika ternyata kita sudah siap menjadi seorang pencinta akhirat, amal kebajikan, ilmu dan perjuangan, maka bersyukurlah kerana itu semua terbit dari sumber segala cinta iaitu ALLAH.
Bila sudah meyakini Allah sumber cinta, kita akan kembali kepada-Nya sebelum mencintai sesuatu. Saat sedang mencintai pula kita sering pulang kepada-Nya meluahkan rasa syukur atas kurniaan itu. Nah, di situlah nilai cinta sebenarnya. Meletakkan cinta pada Dia. Menyerahkan cinta kepada-Nya.
Ternyata, "Dialah sumber cinta yang hakiki." "Dialah cinta yang hakiki." "Dialah Yang Hakiki."
Jika perhati perenggan di atas degan hati-hati, kita akan temui hakikat cinta yang kita cari-cari.
Selamat merenung.
Labels:
tazkiyatun nafs
Friday, May 16, 2008
Selamat Hari Guru...

Setiap kali berdoa, guru adalah antara insan yang tidak pernah saya lupakan. Selepas mak dan ayah, merekalah golongan yang paling saya hormati dan kasihi. Tiada imbalan yang mampu saya tawarkan sebagai balasan terhadap jasa dan pengorbanan mereka melainkan secangkir doa yang tak putus saya panjatkan.
Bahkan diri saya yang ada kini meniti di atas doa para guru.
"Alhamdulillah, dah sampai Mesir anak murid cikgu ni." Gembira dan syukur terpancar jelas pada kalam Cikgu Noraini, ketika saya menghubunginya.
"Cikgu, doakan ayu berjaya."
"Ya, cikgu selalu doakan kejayaan ayu. Dan cikgu berdoa semoga Allah pertemukan kita lagi."
Hu hu. Terharu dengan harapan cikgu. InsyaAllah, pulang nanti kita pasti bertemu.
Cikgu Noraini guru
saya semasa di sekolah rendah 12 tahun dahulu. Sejak berpisah, baru sekali kami bertemu itupun secara kebetulan. Tapi kerana saya tak pernah lupakan nombor telefon cikgu semenjak saya menghafalnya dan mendialnya berulang kali, mungkin kerana itu cikgu mengingati saya sampai sekarang.
Seorang guru bukan mengharapkan balasan material daripada muridnya. Cukup sekadar kita mengingati dalam erti kata menghubungi, bertanya khabar sudah bisa membuatkan hati seorang guru riang gembira. Itulah manis akhlak yang dinantikan oleh seorang pendidik.
Begitulah yang saya alami dalam hidup ini. Di sini juga sama halnya. Syeikh cukup gembira bila saya menghubunginya.
"Raihanah, bila nak balik Kaherah? Bila nak datang rumah Syeikh?"
"InsyaAllah bulan 7 nanti, Syeikh"
"Kenapa bulan 7? Kenapa tak bulan 6?"
"Imtihan habis bulan 7."
"Ooo... Tak pe. Bulan 7 nanti datang rumah Syeikh kita buat makan-makan."
Syeikh sangat gembira bukan kerana saya anak muridnya yang bersuara paling lunak ketika membaca al-Quran, hanya kerana saya rajin menelifon Syeikh ketika berada jauh di Iskandariah.
Sebenarnya ramai lagi guru-guru yang gagal saya hubungi kerana kelemahan saya sendiri. Harap-harap itu bukan bereti saya melupakan mereka.
Ada sebilangannya yang telah kembari ke pangkuan Allah. Moga Allah merahmati roh-roh mereka atas pengorbanan yang dicurahkan.
Siapalah diri ini tanpa guru. Aku hanya insan kerdil yang bertatih atas doa dan tunjuk ajarmu. Oh guru...
Subscribe to:
Posts (Atom)

