Thursday, June 19, 2008

Menyepi...

Bismillah...

Alhamdulillah...

Masuk rumah langkah kanan. Baca doa. Mohon kebaikan dan perlindungan.

Lama sudah ditinggalkan blog ni tanpa sebarang update. Baru-baru ini, saya tolong kak Khalilah menyiapkan blog khusus untuk komuniti Muslimat TKO. Blog ini saya jadikan bahan eksperimen untuk meng'apply' template-template baru. Sudahnya blog saya yang bercelaru. Oleh kerana fatrah imtihan yang masih belum berakhir, saya tak sempat nak membaik pulihnya lagi. Ah, itu semua alasan sebenarnya.

Semakin saya cuba untuk mengelakkan pengunaan frasa 'tak sempat', makin acap pula ia terpacul daripada bibir saya.

Imam Hassan al-Banna, seorang tokoh perjuangan Islam yang telah mengasaskan gerakan Ikhwanul Muslimin pernah berpesan:

الواجبات أكثر من الأوقات
Kewajipan-kewajipan yang ada lebih banyak daripada waktu yang dimiliki.

Biarpun mengetahui hakikat itu, namun diri saya nampaknya masih berlengah. Sedangkan tanggung jawab yang berlonggok-longgok itu saya pandang sebelah mata sahaja. Malanglah diri ini kelak di sana menjadi orang-orang yang rugi disumpah masa.

Huhu, sekilas renungan dan muhasabah buat diri sendiri.

1 ulasan:

Anonymous said...

rnysaya sebenarnya amat mengagumi perjuangan sheikh ahmad yasin..pemimpin ulung HAMAS.. tomato ada tak cerita tambahan mengenai beliau

puteraf