Thursday, July 5, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
 sesungguhnya melakukan TAAT itu mudah
jika dibantu oleh Allah s.w.t...
dan meninggalkan MAKSIAT itu juga mudah
jika dibantu oleh Allah s.w.t...

 maka banyak2lah kita berdoa memohon bantuan dan perlindungan-Nya...
 kerana...
 siapalah kita tanpa belas kasihan-Nya...

 اللهم أعِني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

 "ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu!"

Friday, May 21, 2010

Denai kehidupan...

Setelah sekian lama meninggalkan laman ini, tiba2 terasa rindu pula untuk kembali. Semakin jauh kaki melangkah menyusuri denai kehidupan, saya semakin mengerti. Kenapa? Untuk apa? Untuk siapa hidup ini mesti diteruskan. Syukur...

Sunday, November 22, 2009

Memperkenalkan....


Nama: Umar Soleh bin Idham Khalil.
Tarikh Lahir: 5 Ramadhan 1430 Hijrah / 25 Ogos 2009
Masa Lahir: 10.03 malam
Tempat Lahir: Hospital Beaufort, Sabah.
Berat Lahir: 2.9 kg





Ya Allah, kasihanilah kami!
topitopi

Balik Kampung....

Alhamdulillah...
Setelah sekian lama menanti, akhirnya tiba saat pulang ke kampung sempena musim cuti sekolah yg baru sahaja bermula. Sebagaimana yg dijadualkan pesawat Air Asia yg kami naiki akan berlepas pada jam 6.05 petang.

Mungkin penglaman pertama pulang ke kampung sejak menetap di Sabah ini menyebabkab kita agak kelam kabut. Bermula di rumah lagi, kunci rumah hilang. Puas Abi dan Ummi mencari. Terpusing-pusing ke depan ke belakang. Ummi sudah habis ikhtiar. Tinggal lagi Abi yg tak berputus asa mencari. Di luar rumah, teksi yg kami tempah dah menunggu. Masa berangkat dah tiba. "Abg, dah le tu. Kita bagi tahu Cikgu Musnin kunci rumah hilang. Minta tolong dia buat mangga untuk sementara waktu". "Abg, sudahlah. Memang kunci tu nak hilang agaknya". Macam-macam pujukan Ummi ajukan pada Abi tapi tetap terus mencari. Dan akhirnya berkat kesabaran beliau, Allah mengabulkan doanya. Kunci yg sejambak itu ditemui dalam beg Umar yg berbelang hijau muda dan merah jambu. Syukur Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu Umar sangat gembira. Matanya melilau ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah. Senyuman bermain di bibirnya yg mugil. Ternampak gusi yg masih kosong belum di tumbuhi gigi. Tiba-tiba bila berada di dalam pesawat Umar mengaruk. Menjerit dan menangis sampai mengeraskan badannya. Waduh waduh!. Ummi sudah mula panik. Mata-mata penumpang yg lain sudah mula terkalih ke arah kita. Ummi membalas semua pandangan dengan senyuman. Antara panik dan malu. Sabar je lah anakku yg sorang ni. Bisik hati. Mungkin dia keletihan. Maka terpaksalah abi bangun bawa Umar berjalan-jalan. Barulah berhenti teriakannya.

Bila kapal mendarat, Ummi pula buat kesilapan. Kita tiba LCCT sedang Atok dan Nenek menunggu di KLIA. Kesian Atok letih seharian memandu. Dalam hati Ummi ada bisikan negatif yg kedengaran. Ummi rasa kepulangan kita seolah-olah tidak di alu-alukan. Astaghfirullah al-azim. Baru diuji sedikit Ummi dah lemah. Cepat-cepat Ummi halau bisikan syaitan itu.

Kepulangan ini sungguh meletihkan. Tapi bila terpandang wajah Abi yg penyabar dan muka Umar yg comel, Ummi rasa bahagia. Alhamdulillah.

Saturday, August 22, 2009

Berwajah Baru....


Ramadhan Kareem!!!

Salam Ramadhan buat semua teman2 yg masih mengunjungi blog ni...
Doa ana, semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua...

Ana cuba hias semula laman web yg dah bersarang ni, tapi nampaknya masih belum dapat disempurnakan dengan baik lagi...

InsyaAllah, tak lama lagi boleh la kita berkongsi cerita semula...

Wednesday, November 19, 2008

Zalim-menzalimi tanpa disedari...


Firman Allah s.w.t:
لاَّ يُحِبُّ اللّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوَءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلاَّ مَن ظُلِمَ وَكَانَ اللّهُ سَمِيعاً عَلِيماً
"Allah tidak menyukai percakapan (pembicaraan) buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." surah An-Nisa', 148

Diambil daripada buku Seni bacakap-cakap dan berbual-bual

UCAPAN YANG DITEGAH BAGI ORANG ISLAM

1. Penjagaan Lidah

Setiap mukallaf (setiap orang Islam yang baligh dan berakal) wajib menjaga lidahnya dari semua perkataan yang tidak elok/tidak baik/tidak berfaedah.

Jika sama baiknya antara bercakap dan tidak bercakap, maka disunatkan memilih sikap berdiam, sebab percakapan yang asalnya mubah (harus atau dibolehkan) kadangkala terbabas menjadi haram dan makruh. Bahkan arah percakapan seperti itu lebih sering terjadi, padahal keselamatan lisan harus diutamakan.
(Sumber Kitab Al-Azkar, karya Imam Nawawi)


2. Abu Musa al-Asy'ari berkata,"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: 'Wahai Rasulullah, orang Islam manakah yang paling utama?' Baginda menjawab:'Orang yang tidak pernah menganggu orang Islam lainnya, sama ada dengan lisan ataupun dengan tangan (tindakannya)."
(Riwayat Bukhari)

3. Rasullullah saw bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
(Riwayat Bukhari)

4. Rasullulah saw bersabda: "Sesiapa yang menjamin untukku lidahnya (ucapannya) dan kemaluannya (tidak berzina) maka aku akan menjaminnya masuk syurga."
(Riwayat Bukhari)

5. Rasululah saw bersabda:"Yang termasuk tanda kebagusan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermakna."
(Riwayat Tirmizi)

6. Dilarang banyak berbicara, kerana Rasulullah saw bersabda: "Janganlah kamu banyak berbicara tanpa disertai zikir kepada Allah kerana kebanyakan berbicara tanpa disertai zikir kepada Allah itu dapat mengeraskan hati. Dan sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah ialah orang yang keras hatinya."
(Riwayat Tirmizi)

7. Dilarang mengeraskan pembicaraan yang buruk atau kotor. Allah berfirman di dalam surah An-Nisa', 148 yang bermaksud

"Allah tidak menyukai percakapan (pembicaraan) buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." surah An-Nisa', 148

Maksudnya: bahawa Allah tidak menyukai pembicaraan dan ucapan yang buruk, kotor dan menyakitkan hati, kecuali bagi orang yang dianiaya atau dizalimi; dia boleh dengan lantang mendoakan buruk atau mengutuk orang yang menzaliminya, dan boleh menunjukkan segi buruk perbuatan orang yang berbuat zalim.

Rasulullah saw bersabda:" Seburuk buruk tempat manusia di sisi Allah pada hati kiamat ialah manusia yang ditinggalkan seseorang disebabkan takut akan perlakuan jahatnya."
(Riwayat Tirmizi)

8. Rasulullah bersabda: " bukanlah manusia dimasukkan ke api neraka itu disebabkan oleh wajah atau hidung mereka, melainkan kerana lidah (ucapan) mereka."
(Riwayat Tirmizi)

9. Allah mengharamkan perbuatan ghibah iaitu menyebut nyebut keburukan dan aib kawan. Allah swt telah berfirman, yangbermaksud:

"Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain."
(surah Al Hujurat:12)

Rasulullah saw bersabda: " Sesungguhnya yang termasuk riba paling jahat ialah menghilangkan kehormatan seorang muslim tanpa hak."
(Riwayat Abu Dawud)

10. Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba. "
(Riwayat Bukhari)

Yang dimaksudkan namimah (mengadu domba) ialah menyampaikan pembicaraan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosak hubungan kedua duanya.

Beberapa usaha agar tidak terjerumus melakukan perbuatan namimah, antara lain:-

a. tidak membenarkan ucapan pengadu domba kerana dia tergolong dalam golongan orang yang fasik yang harus ditolak ucapannya

b. menasihatinya dan mencela perbuatannya

c. membencinya kerana Allah jika dia tidak mahu menerima nasihat atau masih lagi mengulangi perbuatannya

d. tidak langsung berprasangka buruk kepada seseorang sebab berita yang disebarkan pengadu domba

e. tidak perlu menyelidiki kebenaran apa yang didakwakan oleh pengadu domba kepadanya dan tidak perlu menetapkan kebenarannya

f. tidak menceritakan semula kepada orang lain apa yang disampaikan pengadu domba agar tidak terjadi polemik yang tidak diinginkan

11. Dilarang mencela nasab keturunan. Rasulullah saw bersabda: "Dua perbuatan pada seseorang yang hanya patut dilakukan orang kafir, adalah mencela nasab dan meratapi mayat"
(Riwayat Muslim)

12. Rasulullah saw menekankan pentingnya perkataan yang baik. Baginda bersabda: "takutlah pada api neraka, walaupun dengan cara mensedekahkan sebiji kurma. Jika tidak mendapatnya, maka berbicaralah dengan kata kata yang baik."
(Riwayat Bukhari)

13. Orang Islam memiliki kehormatan dan perlindungan yang agung pada darahnya, harta benda dan kehormatannya. Rasulullah saw bersabda di dalam khutbah hari nahar di Mina sewaktu melakukan haji Wada': "Sesungguhnya darah kamu, harta benda dan kehormatan kamu adalah suci, haram dilanggar seperti sucinya hari ini, bulan ini, dan negerimu ini."
(Riwayat Bukhari)

14. Di antara akhlak yang baik ialah mendengarkan perbicaraan kawannya sampai habis selesai berbicara dan tidak memotong pembicaraannya. Jika tidak, hal itu akan mendatangkan permusuhan dan kebencian, disebabkan kurangnya perhatian kepada orang lain. Dan pada tahap selanjutnya akan muncul pertengkaran, selain itu pendengar tidak mendapat keuntungan sedikit pun dari pembicaraan kawannya itu, yang bererti dia telah mensia siakan waktunya.

15. Dilarang untuk sering bertengkar dan banyak musuhnya. Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya orang yang dibenci Allah ialah yang sering bertengkar dan banyak musuhnya."
(Riwayat Bukhari)

16. Haram bersaksi palsu. Kerana begitu besarnya keharamannya itu sehingga Allah mempersandingkannya dengan syirik. Alah berfirman melalui surah al Hajj:30 yang bermaksud "...maka jauhilah olehmu berhala berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan perkataan dusta."
Allah sangat melarang menyembunyikan persaksian, seperti ditegaskan dalam firmanNya:

"...dan janganlah kamu para saksi menyembunyikan persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

20. Dilarang berbangga diri. Allah swt telah berfirman:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang sombong lagi membanggakan diri"
(surah Luqman:18)

Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah memerintahkan aku bersikap rendah hati (tawadhuk) sehingga seseorang tidak bersikap sombong kepada yang lain, dan tidak membanggakan diri di hadapan yang lain."
(Riwayat Muslim)

21. Tidak boleh membenci orang Islam, kerana Rasuluallh saw bersabda:"Janganlah kamu menampakkan kebencian kepada saudaramu sehingga Allah akan mengasihinya dan menimpakan bencana kepada kamu."
(Riwayat Tirmizi)

22. Dilarang memperolok olokkan orang Islam. Allah berfirman di dalam surah Al Hujurat:11 ertinya: "Wahai orang orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok olokkan kaum yang lain(kerana) boleh jadi mereka (yang diolok olokkan) lebih baik dari mereka (yang megolok olokkan) dan jangan pula wanita wanita (mengolok olokkan ) wanita wanta yang lain (kerana) boleh jadi wanita (yang mengolok olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman; dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka ituah orang orang yang zalim."

23. Allah swt melarang memberikan sesuatu disertai cercaan dan seumpamanya, sebagaimana yang disebut dalam firman Allah: "Wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)."
(Surah al Baqarah:264)

24. Dilarang keras mendedahkan rahsia hubungan suami isteri kepada pihak yang lain. Rasulullah bersabda: " Sesungguhnya orang yang mendapat tempat paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang melakukan hubungan suami isteri kemudian menyebarkan rahsia hubungan itu kepada orang lain."
(Riwayat Muslim)

25. Dilarang membentak bentak anak yatim dan kaum fakir miskin. Allah swt telah berfirman: "Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang wenangnya. Dan terhadap orang yang meminta minta maka janganlah kamu mengherdiknya."
(Surah Ad Dhuha:9-10)

26. Dilarang bersumpah dengan selain memakai nama Allah, seperti bersumpah dengan kata kata, "Demi Kaabah", 'demi amanat", "demi kedua ibubapa", "demi kemuliaan", demi kehidupan", "demi Rasulullah", dan seumpamanya. Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang bersumpah selain nama Allah, maka dia benar benar menjadi kafir dan musyrik"
(Riwayat Tirmizi)

Baginda bersabda lagi: " Sesiapa yang bersumpah, maka bersumpahlah dengan nama Allah, atau (jika tidak boleh), diamlah. "
(Riwayat Bukhari)

Demikian pula seringnya menggunakan sumpah dalam kegiatan jual beli hendaklah diusahakan untuk dihindari walaupun yang diucapkan itu benar, kerana Rasulullah saw bersabda:" Jauhilah olehmu sering bersumpah sewaktu berjual beli, kerana mesikipun barang itu terjual akan tetapi hilang nilai keberkatannya."

27. Dosa yang paling buruk dan aib yang paling kotor ialah perbuatan dusta, yang jelas jelas dharamkan di dalam Al Quran dan Hadis, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt: "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya."
(Surah al Isra':36)

Rasulullah saw bersabda: 'Tanda tanda orang munafik ada tiga: Jika berbicara dia bohong, jika berjanji dia mengingkari, dan jika diberi amanat dia mengkhianati."
(Riwayat Bukhari)

Perkataan yang paling dusta ialah mendustai Allah dan RasulNya. Allah swt berfirman:

"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang orang yang menyombongkan diri?”

Dari sikap dusta itu orang akan mudah menghalalkan atau mengharamkan sesuatu tanpa didasari pengetahuan agama. Kerananya Allah swt berfirman:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’ untuk mengada ngadakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang orang yang yang mengada ngadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.”

(Surah an Nahl:116)

Rasulullah saw bersabda:

“ Janganlah kamu berdusta dengan mengatas namakan aku. Sesiapa yang dengan sengaja berdusta atas nama diriku, maka berpuas puaslah diri bertempat di neraka.”

(Riwayat Bukhari)

Oleh kerana itu wajib menyimpan apa sahaja yang diceritakan orang kepadanya dan tidak menceritakan kembali apa saja sahaja yang didengarinya, kalau hal itu tidak dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya. Rasulullah saw bersabda:

“cukuplah seseorang dianggap pendusta jika dia menceritakan kembali (kepada orang lain) setiap yang didengarnya”

(Riwayat Muslim)

Wallahua'lam


Oleh itu marilah kita ambil iktibar dari nasihat2 seperti apa yang diperkatakan oleh Luqman Hakim kepada anaknya

Orang-orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Wassalam....

Al-’Asr
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."




Wednesday, November 12, 2008

Selamat Hari Lahir Cikgu...


Mg dirahmati Allah selalu...:)


Wednesday, November 5, 2008

Sayyida Nafisa: Wanita Teladan

Sejarah Islam hanya mencatat sedikit saja nama ulama perempuan. Kita lebih mengenal nama ulama lelaki daripada perempuan. Malah, kita juga lebih mengenal Syafii, Hanafi, Hanbali, Maliki, dan banyak lagi. Tapi tak pernah mendengar dari siapa mereka belajar. Populariti ulama perempuan tenggelam di sebalik karisma mereka yang belajar darinya. Walhal tak ada hilir jika tak ada hulu. Tak kenal maka tak sayang. Kita memang tak tahu mereka. Jadi, bagaimana kita menyayanginya?

Ada satu nama, Sayyida Nafisa namanya. Darinya Syafii memperoleh pengajaran ilmu fiqh, Quran dan hadis. Pendiri salah satu dari empat mazhab. Ia menyusul cucu Imam Hasan Ali Abi Thalib, lima tahun setelah perempuan itu berada di Kaherah, Mesir. Tapi nama Sayyida Nafisa seolah tak dikenal umat Islam. Mereka hanya tahu Syafii, pendiri mazhab Syafii.

Sayyida Nafisa lahir di Madinah pada tahun 145 Hijriah. Ia keturunan langsung Nabi Muhammad SAW melalui cucu beliau Imam Hasan. Putera pasangan Imam Ali dan Sayyida Fatimah itu memiliki seorang anak bernama Zaid, dan selanjutnya Zaid mempunyai anak bernama Hasan al-Anwar, ayah Nafisa. Jadi, Hasan al-Anwar adalah cucu Imam Hasan.

Kerana itu, wajar jika Sayyida Nafisa juga mewarisi kecerdasan sekaligus kefasihan berbicara. Dari keluarganya, ia memperoleh pengetahuan tentang Islam. Pendeknya jalur kekeluargaan serta kehidupan keseharian yang ia jalankan membuat wawasannya tentang al-Ouran dan hadis Nabi sangat luas.

Nafisa kecil selalu dibawa ayahnya ke Masjid Nabawi untuk shalat dan bermunajat. Hasan Al-Anwar yang sempat menjadi gabenor Madinah biasa berlama-lama di makam datuknya Muhammad SAW. Nafisa kecil mendampingi tiap kali ayahnya ke Al Haram. Kala itu usianya masih kecil. Ia masih dituntun menuju makam Rasul sampai usianya enam tahun.

Hasan Al-Anwar kerap memperkenalkan anaknya pada Rasulullah. ”Ya Rasulullah, ini aku datang bersama puteriku Nafisa.” Kunjungan itu ia lakukan terus sampai satu kali ia bermimpi berjumpa datuknya yang mengatakan senang berjumpa Nafisa. Rasulullah dalam mimpi Hasan mengaku senang pada Nafisa kerana Allah juga menyukainya.

Kebiasaan semasa kecil terbawa terus. Nafisa menjadi perempuan yang rajin belajar dan terus-menerus beribadah di masjid. Kerana itu tak hairan jika sejak kecil ia telah menghafaz Al-Quran dan mengerti hukum Islam sejak belia lagi. Melanjutkan tradisi keluarga Rasul, ia juga terbiasa bermunajat di makam Rasul.

Kefasihan bicara, penguasaan ilmu yang baik serta kekhusyukannya beribadah menjadikan Nafisa rujukan penduduk Madinah yang hendak bertanya. Perempuan yang sangat zuhud dan alim ini segera disukai penduduk Madinah.

Ia kemudian punya beberapa gelar antara lain Nafisat Al Ilm wal Ma’rifat, Nafisat Tahira (wanita suci), Nafisat Al Abida (Nafisa ahli ibadah), Nafisat Al Darayn, Sayyidat Ahlul Fatwa, Sayyidat Al Karamat dan Umm Al Awaajiz. Kesemuanya itu merujuk pada kehidupan dan keulamaannya.

Diusia 16 tahun, Nafisa menikah. Ia disunting Ishaq Mu’taman, keturunan langsung Imam Husain, saudara Imam Hasan putra Imam Ali dan Sayyida Fatimah. Dari pernikahan ini, Nafisa memiliki dua anak Al Qasim dan Ummu Kaltsum.

Menikah, tak menjadikan perempuan ini menarik diri dari kegiatan belajar dan mengajar. Kerana memang itu pesan yang disampaikan datuknya Muhammad SAW. Ia juga berangkat ke Makkah untuk ibadah haji. Dan ia memilih jalan kaki sementara yang lain berkendaraan unta. ”Aku malu pada datukku Muhammad bila pergi ke Makkah berkendaraan.” Begitu dia memberi alasan.

Saat berusia 44 tahun, Sayyida Nafisa hijrah ke Mesir. Tak ada penjelasan mengapa ia pindah ke negeri di seberang benua itu. Namun sebelum ia tiba, simpati masyarakat telah diperolehnya. Masyarakat Mesir sangat menghormati ulama perempuan keturunan Rasulullah SAW. Saat datang, Sayyida Nafisa disambut bak puteri. Ia diarak dengan lagu-lagu shalawat.

Putri Hasan Al-Anwar ini lantas tinggal di kediaman Jamaluddin Abdullah Al Jassas, rakannya yang orang Mesir. Tiap saat rumah ini selalu dikerumuni orang. Mereka datang untuk belajar, meminta doa, bertabarruk, atau ikut beribadah.

Merasa tak enak hati dengan pemilik rumah, Sayyida Nafisa pindah ke rumah temannya Ummu Hani yang sekarang berada di daerah al Hasaniyya. Namun kepindahan tak membawa perubahan. Umat Islam Mesir dari berbagai pelosok masih mengunjunginya.

Pada akhirnya, Sayyida Nafisa merasa terganggu kekhusyukan dalam berdoa. Rumahnya selalu ramai. Sementara tak mungkin menolak permintaan masyarakat yang datang meminta doa, ia merasa kehilangan waktu untuk berdua saja dengan Sang Pencipta, atau saat ia hendak berbicara dengan datuknya Rasulullah SAWW.

Perempuan ini menyerah. Ia memutuskan untuk kembali ke Madinah Al Munawwarah. Namun, keputusannya mengecewakan rakyat Mesir. Melalui gabenor Mesir, mereka memohon salah satu keturunan Nabi itu tak meninggalkannya. Umat Islam Mesir memerlukan bimbingannya. Mereka merasa kehadiran Sayyida Nafisa membawa berkah.

Lagi-lagi ia tak dapat mengelak. Sayyida Nafisa mengalah. Ia tak mungkin meninggalkan masyarakat yang begitu mencintainya. Ia memutuskan untuk tinggal. Tentu masyarakat Mesir bersukaria

Sebagai rasa terima kasih, gabenor Mesir kala itu Sirri bin Hakam menghadiahkan sebuah rumah di tempat lain. Rumah itu berada di lahan yang lebih besar. Dengan begitu kerumunan dapat ditampung. Ia juga boleh mengatur waktu untuk bermunajat, mengajar dan menerima kunjungan. Pada akhirnya ia menerima masyarakat pada hari tertentu. Selebihnya adalah waktu peribadi untuk ibadah dan mengajar.

Di rumah baru itu kemudian Sayyida Nafisa menerima murid. Ia khusus mengajar hukum Islam, Al-Quran dan hadis. Salah satu muridnya yang kemudian sangat terkenal adalah Syafii. Syafii datang lima tahun setelah Nafisa tiba di Kaherah. Murid lain yang juga menjadi besar adalah Utsman bin Said Al Misri, Dzun Nun Al Misri, dan Masri Al Samarkandi.

Syafii dan Sayyida Nafisa lantas berkerjasama. Mereka mengelola majlis pembelajaran itu bersama. Di tempat Sayyida Nafisa, Syafii boleh tinggal enam jam dalam sehari. Ia mengajar ilmu kalam, figh dan tafsir.

Syafii juga memimpin shalat di markas Sayyida Nafisa. Gurunya itu akan menjadi makmum dan berdiri di belakang. Sampai saat sakitnya, Syafii masih berkunjung ke rumah Sayyida Nafisa. Ia meminta doa. Dan saat tak mampu lagi berjalan, ia mengirim muridnya untuk duduk di majlis yang dipimpin Sayyida Nafisa.

Si murid lantas menyampaikan salam Syafii. ”Saudara sepupumu ini tengah terbaring sakit. Doakan aku agar segera sembuh.” Begitu pesan yang dititipkan Syafii buat guru Sayyida Nafisa. Sampai satu saat, Sayyida Nafisa mengatakan kepada orang yang dipesan kata-kata ‘Mudah-mudahan Allah akan bertemu dengannya. Sebuah pertemuan yang teramat baik.’

Pesan tersebut dimaknai Syafii sebagai pertanda bahawa saat kematiannya telah dekat. Ia lantas mengirimkan lagi utusan yang menyampaikan permohonan terakhir agar Sayyida Nafisa berkenan mensolatkan jenazahnya setelah ia meninggal.

Sayyida Nafisa mensolatkan Syafii di rumahnya, tempat mereka biasa mengaji bersama. Jenazah Syafii dibawa ke rumah Sayyida Nafisa untuk disolatkan.

Ulama yang satu ini hidup sebagai seorang sufi. Diriwayatkan ia hanya makan sekali tiap tiga hari. Ia bahkan menyalurkan lagi hadiah yang diberikan gabenor Mesir berupa wang kepada orang miskin di sekitarnya. Apapun yang dihadiahkan kepadanya akan ia sebar lagi kepada mereka yang memerlukannya. Ia lebih rela memilih hidup miskin meski mampu untuk hidup mewah.

dipetik dari Ummahonline.

"

Tuesday, October 21, 2008

الفرقان Al-Furqon


Sekadar perkongsian maklumat dengan kawan2... Al-Quran merupakan kitab Samawiy yang terakhir diturunkan oleh Allah taala untuk memberi petunjuk kepada manusia. Dengan al-Quran maka berakhirlah silsilah wahyu dan berhentilah pengutusan rasul. Allah taala menurunkan al-Quran dengan kebenaran dan tiada dusta padanya. Itulah hakikat yang mesti diyakini oleh seorang muslim secara tuntas berdasarkan firman Allah taala:


وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِناً عَلَيْهِ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ عَمَّا جَاءكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجاً وَلَوْ شَاء اللّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَـكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُم فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ إِلَى الله مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

48 . Dan Kami turunkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dengan membawa kebenaran, untuk membenarkan Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk mengawasinya. Maka berhukumlah di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi setiap umat di antaramu, Kami tetapkan satu Syariat dan jalan yang terang. Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia jadikan kamu satu umat, tetapi Ia hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu. Oleh itu berlumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahumu apa yang kamu berselisihan padanya. [al-Ma'idah:48]

Memandangkan al-Quran mengakhiri punurunan wahyu, lantaran itulah ia di sifatkan sebagai mengawasi kitab-kitab yg terdahulu. Mengawasi dalam erti kata menyatakan kebenaran yang terkandung dalam kitab-kitab tersebut dan mendedahkan kebatilan yang menyerupai penyelewengan, kesamaran mahupun perubahan yang cuba dilakukan oleh tangan orang-orang kafir. Dengan kata lain, ia menjadi saksi, membenarkan, memelihara, menghukum dan menjaga isi kandungan asli kitab-kitab samawiy dari campurtangan manusia.

Bahkan al-Quran juga dinamakan al-Furqon iaitu yang membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.
Oleh yang dimikian, Allah memelihara al-Quran dengan sesempurna pemeliharaan. Tidak mungkin diselewengkan atau digubal. Firman Allah taala:


إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

9 . Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. [al-Hijr:9]

لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ

42 . Yang tidak datang kepadanya (al-Qur?an) kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari (Tuhan) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. [Fussilat:42] Berbekalkan dengan kebenarannya, maka al-Quran menyaksikan bahawan kitab Taurat, Injil dan Zabur adalah benar belaka -sebelum diselewengkan- dan kenyataan ini akan terus kekal.


Wallahua'lam...

Wednesday, October 8, 2008

Jika aku Jatuh Cinta…….


Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar...
bertambah kekuatan ku
untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah...
Jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
disepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah....
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah...
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada –Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah, Ya Allah... ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu…..

Amiiin Ya Rabb….

Aku cinta kepadaMu kerana
ENGKAU TUHANKU DAN AKU HAMBAMU…
Ya Rabb…

Diambil dari sini

Pentingkah Akhlak Dalam Berjemaah?


Nampaknya senario politik dewasa ini semakin hangat. Seringkali ana dapati perbezaan pandangan yg berlaku kalangan pimpinan jemaah. Sememangnya diakui bahawa ini adalah lumrah. Manusia dalam soal menanggapi kebenaran pasti tidak pernah sepakat. Bahkan perbezaan pendapat yang diurus dan dijana dalam kondisi yg sihat mampu menghasilkan pendapat yg bernas. Itulah yg dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. dalam ucapan Baginda: "Perbezaan pandangan dikalangan umatku adalah Rahmat".

Jadi bagaimana nak melahirkan individu yg berkhilaf dalam kondisi yg sihat sehingga ia menjadi rahmat kepada jema'ah bukan ujian atau musibah?

Dalam soal melontarkan pandangan, kadang-kadang kita terlalu ghairah hingga terlupa memerhatikan adab-adab dan akhlaknya supaya tindakan kita itu tampak cantik dan indah. Lebih-lebih lagi dalam situasi musuh yg sentiasa mengintai mencari kelemahan, sepatutnya perkara ini perlu ditekankan. Bila pandangan diluahkan pada saluran (akhlak) yg salah maka ia akan dijadikan modal oleh musuh untuk membedil dan membedal jemaah Islam. Akhirnya rahmat jadi ujian kita jg yg rugi.

Apa pentingnya adab dan akhlak dalam jemaah ni? Jawapannya sangat penting! Kerana adab dan akhlak inilah yg membezakan kita dengan parti lawan. Kalau kita tidak menjaga nilai akhlak ini siapa kita dengan mereka? sama saja 2x5.

Kita yg mewarisi perjuangan Rasulullah s.a.w. perlu sedar, baginda diutus untuk meyemai dan menyempurnakan akhlak mulia di kalangan umat manusia. Makanya marilah sama-sama kita usahakan. Sesungguhnya Allah menilai perbuatan kita walau sebesar zarah. Allahummaghfirlana zunubana!

Sunday, October 5, 2008

Eid Mubarak!

Salam Buat Semua Sahabat...


Bersua kembali. Syukur pada Ilahi atas limpahan nikmat yang tidak putus-putus. Sehingga saat ini kita masih bernyawa, bahkan masih dibekalkan iman dan takwa sebagai hidayah sepanjang menjalani liku-liku kehidupan.

Syukran banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang masih setia menziarahi teratak Tomato ni. Walaupun tiada artikel baru yang diterbitkan, namum kesudian kalian meluangkan masa dan menjenguk laman ini amat ana hargai. Ia merupakan kesinambungan ukhuwah yg indah meskipun hanya berlangsung di alam maya. Mudah2an Allah merahmati kalian.

Untuk makluman semua sahabat, pada 25 September 2008 jam 10.00 malam kapal terbang yang ana naik selamat mendarat di KLIA. Penerbangan Egypt Air dari Cairo ke Bombai dan seterusnya ke Kuala Lumpur itu memakan masa lebih 10 jam membelah awan. Sampai saat ini ana merasakan detik-detik setahun yang lalu mengembara di Bumi Anbiyah semacam lintasan mimpi. Terlalu pantas. Seolah-olah baru semalam berlaku. Walaupun begitu, selaut kesyukuran dihamparkan kepada Allah yg mempermudah segala urusan.Segala yg kita alami sudah pasti ia adalah perancangan Yang Maha Esa yang sarata dengan hikmahnya.

Cukup di sini dulu untuk kali ini. InsyaAllah lepas ni Tomato akan berceloteh lagi. Banyak hal yg nak dikongsikan, terutama perkembangan yang berlaku yang ana rasakan semenjak pulang.

Kepada semua sahabat, salam aidilfitri dari Tomato di Selatan tanah air.

Tuesday, August 5, 2008

Redhakah kita diuji...?


Sesungguhnya ujian adalah salah satu lambang rahmat dan kasih sayang Allah taala terhadap orang-orang yang beriman. Orang yang diuji Allah adalah orang yang dikasihi-Nya. Telah terbukti yang demikian itu dengan apa yang dialami oleh Rasul-rasul Ulul Azmi. Mereka dinobatkan dengan gelaran tersebut lantaran ujian dan mehnah yang sangat dahsyat. Yang ditempuh dengan penuh kesabaran dan keredhaan. Begitu juga apa yg dialami oleh para sahabat dan para pejuang yang telah berkorban jiwa dan raga mereka. Mereka redha dengan ujian Allah sehingga Allah meredhai mereka.

Walau bagaimanapun, ternyata hakikat ini sukar untuk ditelan oleh sekian ramai orang-orang yang beriman. Mereka sering mengeluh dan menghela nafas dengan penuh rasa kecewa saat menerima ujian. Sangat rumit dan payah untuk menghadapinya dengan redha dan berlapang dada. Ujian dianggap seolah-olah satu bebanan yang sangat menyusahkan. Hal yang demikian berlaku mungkin kerana mereka merasa bahawa diri mereka sudah cukup sempurna dan tidak perlu dididik dan ditarbiah lagi. Mereka inilah golongan yang ditempelak oleh Allah taala di dalam firman-Nya:

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لا يفتنون.

ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi?

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

Memang benar, ujianlah yang akan mengasingkan di antara yang benar dan dusta. Ujian juga yang menapis kebaikan dan kejahatan daripada bercampur di dalam hati. Sesungguhnya gelas yang bersih tidak layak diisi padanya air yang kotor. Begitu juga hati yang suci tidak sewajarnya didiami sifat yang keji.

Yakinlah bahawa ujian itu rahmat Allah, ujian itu tarbiyah dari-Nya. Semakin besar ujian yang ditimpakan ke atas seorang hamba, semakin tinggi martabatnya di sisi Yang Esa. Mudah-mudahan Allah mengurniakan sifar sabar dan redha kepada kita semua yang menjadi ciri-ciri orang muttaqin. Amin.

Sent from my phone using trutap


Monday, August 4, 2008

ILMU DAN PERANANNYA DALAM PENGISLAHAN MASYARAKAT...


Sesungguhnya benarlah maksud yang ingin disampaikan oleh sepotong ungkapan Arab yang menyebut:

من أراد الدنيا فعليه بالعلم
ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم
ومن أراد هما معا فعليه بالعلم...

"Barangsiapa yang inginkan dunia maka hendaklah ia (mencapainya) dengan ilmu,
barangsiapa yang inginkan akhirat maka hendaklah ia (mencapainya) dengan ilmu,
dan barangsiapa inginkan kedua-duanya sekali maka hendaklah ia (mencapainya) dengan ilmu..."

Saya kira apa yang dimaksudkan dengan ungkapan inginkan dunia dan inginkan akhirat bermaksud kejayaan yang ingin dicapai daripada keduanya. Kejayaan inilah yang menjadi hak istimewa segelintir insan yang pernah melalui kehidupan di dunia dan di akhirat. Kejayaan yang mereka raih hasil dari pengaplikasian ilmu yang diperolehi. Ilmu yang berjaya meletakkan diri mereka di posisi Khair Ummah (sebaik-baik ummah) yang di jelaskan di dalam firman Allah taala ini:

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله...

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, yang menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, serta beriman kepada Allah.."

Ternyata untuk menjadi sebaik-baik umat kita harus melaksanakan kewajipan amar ma'ruf nahi mungkar. Namun ia tidak mungkin dapat dilaksanakan melainkan setelah keimanan kepada Allah dipasakkan di sanubari. Bahkan keimanan tidak akan wujud melainkan setelah adanya ilmu. Maka untuk menaiki darjat sebaik-baik umat, ilmu adalah prasyarat yang wajib dipenuhi.

Lantaran peranan dan kepentingan ilmu dalam usaha mengislah kondisi masyarakat ini Allah taala bertitah di dalam al-Quran:

فلو لا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم يحذرون..

"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya."

Maka tidak dapat disangkal lagi bahawa menuntu ilmu menjadi kewajipan untuk memenuhi kewajipan membina individu dan masyarakat yang terbaik dan berkualiti.

Lantas di sini dapat juga disimpulkan bahawa rosaknya institusi masyarakat hari ini adalah natijah kegagalan usaha mengislah kondisi mereka. Dan kegagalan ini berlaku hasil lemahnya iman dan penguasaan ilmu di kalangan umat islam.

Sayugia itu saya mengambil kesimpulan ini sebagai pengajaran dan pedoman buat diri. Bahkan lebih dari itu saya mengharapkan ia menjadi muhasabah supaya tanggung jawab yang dipikul ini tidak disia-siakan serta menjadi noktah bidayah untuk mengatur strategi dan perancangan demi agama Islam yang tercinta semampunya.


Sent from my phone using trutap


Sunday, August 3, 2008

Program HEMAT 08



Himpunan Mahasiswi Tahun Akhir (HEMAT '08)
3 Julai 08
7 a.m.-8.30 p.m.
Dewan Solah Kamil,
Hayyu Sadis,
Kaherah, Mesir.

Antara yang menarik:
1. Taklimat Ijazah Lanjutan di Universiti tempatan.
2. Taklimat Ijazah Lanjutan di Mesir.
3. Forum Kerjaya.


Sent from my phone using trutap



Saturday, August 2, 2008

Cerita Kawan...

Suatu hari saya ditanya oleh seorang sahabat: "Ukhti, macam mahu jadi istiqomah?"


Agak lama juga saya memikirkan jawapannya kerana saya mengira diri saya bukan tergolong dari kelompok yang istiqomah. Jadi bagaimana mungkin saya boleh memberikan saranan kepada sahabat saya ini? Blog saya yang suram dan sepi ini sudah cukup membuktikannya.


Walau bagaimanapun, saya tidak mahu membiarkan soalan sahabat saya itu sepi tanpa jawapan kerana ia sangat menyakitkan. Juga saya tidak mahu mengecewakannya.



"Yang pertama, istiqomah itu ialah ketetapan hati yang dicampakkan oleh Allah taala kepada hamba-hamba yang dipilih oleh-Nya. Jadi mohonlah kepada Allah agar dipilih menjadi hambanya yang istiqomah."


"Yang kedua, anda perlu punya seorang teman yang sentisa mendorong ke arah kebaikan."


Ringkas saja. Cuma 2 tips yang saya berikan. Mudah-mudahan ia memberikan sedikit kekuatan untuknya mengatur langkah kehadapan. Dalam hati saya mendoakan.

Tuesday, July 22, 2008

Kedudukan Wanita Sebelum Islam...




Segala puji dan puja diserahkan kepada Allah yang telah menjadikan Islam sebaik-baik agama dan cara hidup bagi umat manusia. Islam adalah cahaya yang menerangi kegelapan dunia. Islam adalah pembela kebenaran. Islam adalah keadilan. Islam adalah kebajikan. Islam adalah landasan menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Baru-baru ni saya diminta menyertai pertandingan forum yang diadakan sempena Perhimpunan Mahasiswi yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Negeri Johor (BKPJM). Topik "MUSLIMAH HARI INI" diketengahkan sebagai bahan perbincangan. Pada awalnya otak saya semacam blur kerana makluman yang lewat. Tapi saat akhir idea datang juga setelah membelek beberapa buah kitab. Alhamdulillah.


Salah satu perkara yang saya sentuh ialah tentang kedudukan wanita sebelum dan selepas kedatangan Islam. Sebagaimana yang kita ketahui, zaman sebelum kedatangan Islam umat manusia ketika itu jauh dari petunjuk dan cahaya Allah. Zaman yang diselubungi kegelapan lantaran kejahilan dan kekufuran yang berleluasa.


Kedudukan wanita pada tempoh itu tidak lebih daripada barang dagangan dan alat pemuas nafsu. Sungguh hina persepsi seorang lelaki terhadap seorang wanita. Lantaran itu belaku berbagai bentuk ppenindasan dan penyeksaan yang terpaksa ditempuhi oleh seorang wanita secara fizikal dan emosinya.


Seorangn wanita dianggap beban bagi sebuah keluarga. Mana-mana suami isteri yang dikurniakan cahaya mata perempuan dianggap mendapat sial yang besar. Mereka diperlakukan lebih hina dari hamba seolah-olah tidak punya nilai dan harga diri walau satu sen. Itulah realiti yang berlaku dalam suasan masyarakat jahiliah. Hal ini telah dirakamkan di dalam al-Quran. Firman Allah taala:

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالأُنثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدّاً وَهُوَ كَظِيم

58 . Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya, sedang ia sangat marah.

يَتَوَارَى مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ أَيُمْسِكُهُ عَلَى هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ أَلاَ سَاء مَا يَحْكُمُونَ

59 . Ia bersembunyi dari orang ramai kerana berita buruk yang disampaikan kepadanya; adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.

Apa yang telah dinyatakan oleh al-Quran ini menjadi bukti tekanan dan seksaan yang melampau oleh masyarakat jahiliyah terhadap wanita. Sejarah juga menceritakan bagaimana Saidina Umar sebelum memeluk Islam pernah menanam anak perampuannya hidup-hidup. Ia tidak menjadi kesalahan dalam undang-undang Jahiliyah bahkan seluruh masyarakat mengiyakan dan membenarkan kekejaman itu.


Itu hal yang berlaku di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah. Penindasan yang lebih menyayat hati juga berlaku di kalangan Firaun-firaun (raja-raja). Mana-mana gundik yang disayangi mereka akan sama-sama dikebumikan saat raja itu meninggal dunia sebagai bukti kesetiaan kecintaan yang tidak berbelah bagi. Hal yang sama turut dirasai oleh wanita-wanita india suatu masa dahulu. Mereka yang kematian suami akan turut sama dibakar bersama jasad suami yang tidak bernyawa lagi. Bayangkan penyiksaan yang maha dahsyat yang tidak mampu dibenarkan oleh akal yang sihat.


Demikianlah kedudukan wanita sebelum Islam. Maka saya yakin dengan mudah kalian dapat membuat perbandingan dengan apa yang telah diberikan oleh Islam kepada anda kan?

Wednesday, July 2, 2008

Solat Jumaat...








Gambar-gambar solat Jumaat di sekitar pekan Mandarah. Saya rakamkan pada minggu yang lalu. Kelihatan para jema'ah tidak canggung menunaikan solat walaupun di kawasan pasar.

Thursday, June 19, 2008

Menyepi...

Bismillah...

Alhamdulillah...

Masuk rumah langkah kanan. Baca doa. Mohon kebaikan dan perlindungan.

Lama sudah ditinggalkan blog ni tanpa sebarang update. Baru-baru ini, saya tolong kak Khalilah menyiapkan blog khusus untuk komuniti Muslimat TKO. Blog ini saya jadikan bahan eksperimen untuk meng'apply' template-template baru. Sudahnya blog saya yang bercelaru. Oleh kerana fatrah imtihan yang masih belum berakhir, saya tak sempat nak membaik pulihnya lagi. Ah, itu semua alasan sebenarnya.

Semakin saya cuba untuk mengelakkan pengunaan frasa 'tak sempat', makin acap pula ia terpacul daripada bibir saya.

Imam Hassan al-Banna, seorang tokoh perjuangan Islam yang telah mengasaskan gerakan Ikhwanul Muslimin pernah berpesan:

الواجبات أكثر من الأوقات
Kewajipan-kewajipan yang ada lebih banyak daripada waktu yang dimiliki.

Biarpun mengetahui hakikat itu, namun diri saya nampaknya masih berlengah. Sedangkan tanggung jawab yang berlonggok-longgok itu saya pandang sebelah mata sahaja. Malanglah diri ini kelak di sana menjadi orang-orang yang rugi disumpah masa.

Huhu, sekilas renungan dan muhasabah buat diri sendiri.