Sunday, May 6, 2007

~jOM hAfaL aL-QuRaN~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....
Sesungguhnya al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t yang di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibril a.s. Sebagai orang yang beriman, kita sedia maklum bahawa al-Quran itu merupakan petunjuk yang memandu arah kehidupan kita dalam menuju kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Bertepatan dengan kedudukannya yang mulia, maka tidak hairanlah jika Allah mengurniakan ganjaran yang besar bagi mereka yang membaca, menghafal, memahami dan mengamalkan isi kandungannya. Sabda Nabi s.a.w: "Bacalah olehmu akan al-Quran. Maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada tuannya" [Muslim].
Nescaya pasti Allah taala memberi ketenangan pada jiwa yang mengalunkan bacaan al-Quran. Bahkan imbuhannya akan diperolehi juga saat bertemu Allah di akhirat kelak. Seringkali timbul hasad dalam hati pada sahabat hafizah yang menghafal 30 juzuk al-Quran. Mereka antara insan yang dimuliakan Allah dengan al-Quran. Sebahagiannya iltizam dan disiplin menghafal sehingga boleh digelar kamus al-Quran bergerak. Tanya sahaja mana2 ayat al-Quran dalam 30 juzuk tu, tak sampai seminit dapat dicari tanpa merujuk pada indeksnya. Mereka ini pasti sentiasa dalam peliharaan Allah taala kerana Dia telah berjanji dalam firman-Nya:


"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya". [al-Hijr:9]
Dalam ayat di atas, Allah berjanji akan memelihara al-Quran. Jadi jiwa yang bersarang di dalamnya al-Quran sudah pasti turut merasa bersama pemeliharaan-Nya. Maka tak mustahil jika kita pernah mendengar cerita mayat hafiz/hafizah yang tidak reput. Kekal sebagai mana saat kematiannya. Rupanya Allah memelihara mereka hingga jasad tak bernyawa. Subhanallah!!!
Lantaran itu, mari kita sama2 berusaha menjadi khadam kitab Allah dengan membaca, menghafal, mengamalkan dan menyampaikan pada orang lain. Jika tidak mampu, lakukanlah yang sepatutnya mengikut kemampuan kita, insyaAllah. Jadi, ini dia tips menghafal al-Quran yang dipetik dari laman ni. Semoga kita dapat manfaatkan bersama:
  • Baca setiap hari ayat ini sebanyak sepuluh kali:


"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua/Daud dan Sulaiman) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu yang banyak; dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu". [al-Anbiyaa':79]
Kemudian berdoa dengan doa ini:
يا حي يا قيوم يا رب موسى والطير وكنا فاعلين وهارون ورب إبراهيم ويا رب محمد صلى الله صلى الله عليه وسلم ارزقني الفهم وارزقني العلم والحكمة والعقل برحمتك يا ارحم الراحمين.
  • Daripada Ibnu Mas'uud r.a. daripada Nabi s.a.w sabdanya: Barangsiapa yang takut lupa al-Quran selepas mengahafalnya dan lupa ilmu selepas mempelajarinya, maka hendaklah dia membaca doa ini:

اللهم نور بالكتاب بصري واشرح به صدري واستعمل به بدني و أطلق به لساني وقوي به جنابي (قلبي) واشرح به فهمي وقوي به عزمي بحولك وقوتك فانه لا حول ولا قوة إلا بك يا ارحم الرحمين.

Kemudian menyapu tangan kanannya di kepala. Dan membaca ayat ini sebanyak 7 kali seusai solat:

"Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan Jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa". [al-A'laa:6]
  • Banyakkan membaca surah al-Fatehah. Maksud sabda Nabi s.a.w: "Surah Fatehah itu penawar bagi segala penyakit" [Hadis dikeluarkan oleh ad-Daraami dan Baihaqi, hadis mursal, perawi yg dipercayai daripada Abdul Malik bin 'Umair.
  • Untuk mengelakkan daripada lupa, bacalah doa ini:

اللهم افتح علي فتوح العارفين بحكمتك وانشر علي رحمتك وذكرني ما نسيت يا ذا الجلال والإكرام.

  • Membaca doa ini sebelum memulakan hafalan dan jangan lupa berselawat ke atas Nabi s.a.w:

اللهم أني استودعتك ما علمتني فاردده ألي عند حاجتي أليه ولا تنسينيه يا رب العالمين. اللهم أخرجنا من ظلمات الوهم واكر منا بنور الفهم وافتح علينا بمعرفة العلم وحسن أخلاقنا بالحلم وسهل لنا أبواب فضلك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين.

Dan seseorang telah bertanya kepada Syeikh Ahmad bin Hamad al-Khalili tentang cara mengukuhkan hafalan, jawapannya:

  1. Membaca surah al-Kausar 1000 x
  2. Membaca surah al-Ikhlas 1000 x
  3. Kemudian berselawat ke atas Nabi s.a.w 1000x

Bersambung...

0 ulasan: