Persoalan "saf" di dalam solat adalah satu tauladan yang perlu diberikan perhatian. Ia bukan sahaja menyangkut soal disiplin dalam solat semata-mata tetapi lebih jauh dari itu ia adalah gambaran utama hidup berjemaan dan merupakan pengajaran penting untuk berorganisasi dan hidup berjemaah. Mari kita renungkan sabda Rasulullah dari Abi Mas 'ud
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ وَيَقُولُ اسْتَوُوا وَلَا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
Adapun Rasulullah s.a.w. mengusap-usap bahu kami dala solat sambil berkata : "Ratakan saf dan jangan berselisih nanti kelak akan berselisih hati kamu. Hendaklah menghampiri kepadaku (saf hadapan) orang yang terlbih tua dan berilmu dari kamu, kemudian di bawah mereka, kemudian di bawah mereka." (Muslim didalam Riayadus-Solihin)
Dari hadith di atas ada sekurang-kurangnya dua pengajaran besar yang perlu diambil perhatian.
1) Ratakan saf dan jangan berselisih nanti kelak akan berselisih hati kamu.Ini adalah wajar kerana demi menjaga akhlak kita perlu menyatukan fikiran (wahdatul-fikr) dan menyatukan tindakan (wahdatul-amal) di belakang seorang imam (pemimpin - Presiden). Islam mengajar kita cara yang betul di dalam mengatur hidup berjemaah. Sekalipun "perselisihan pendapat itu satu rahmat" namun tidak sepatutnya ia mewujudkan kerosakan dan merungkai saf yang sedia ada. Kita di arah untuk menyatukan fikiran dan menyatukan amalan agar dengan disiplin tersebut, jemaah dapat bergerak dengan baik (solat dapat didirikan dengan sempurna).
Adalah tidak wajar pada ketika Pemimpin telah diberi mandat untuk menjalankan amanah memimpin jemaah (Imam telah ada di hadapan) , tiba-tiba masih ada makmum yang menempelak Imam (pemimpin- Presiden) kononnya sebagai tidak layak dan seumpamanya. Jika berlaku hal sedemikian tahulah kita yang cuba menimbulkan perpecahan dan persengketaan untuk menghancurkan saf itu tidaklah lain dari syaitan yang direjam.
2) Hendaknya menghampiri kepadaku (saf hadapan) orang yang terlbih tua dan berilmu dari kamu, kemudian di bawah mereka, kemudian di bawah mereka. adalah pernyataan tegas aturan kepimpinan di dalam organisasi (tanzim). Yang diutamakan ialah yang terlebih tua dan berilmu.
Jika taraf ilmunya sama maka yang terlebih tua di kehadapankan. Jika taraf usianya sama maka yang terlbih berilmu diutamakan. Kemudian baru diatur dengan yang selanjutnya. Ini jelas. Kerana yang terlebih tua dan berilmu akan bertanggungjawab mendengar dan membetulkan Imam, malah akan segera ke hadapan menggantikan Imam apabila Imam telah terbatal solatnya.
Adalah tidak wajar samasekali berdiri di belakang Imam itu jika jahil di dalam ugama kerana kejahilannya itu tidak memungkinkan dia menjadi pengganti Imam tatkala berlaku keadaan di mana Imam wajar diganti agar saf tidak bercerai berai. Begitulah indahnya hadith Rasulullah di dalam mengatur kehidupan berorganisasi dan berjemaah yang perlu dijadikan pengajaran kepada mereka yang ingin mempelajari tatacara hidup berjamaah untuk mempastikan matlamat yang hendak dicapai oleh jemaah itu berjaya. Wallahu 'alam.
Zulkiply Harun
TranungKiteOnline..
Wednesday, May 2, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment