Wednesday, May 2, 2007

Ketenangan jiwa buat yang beriman...

اَللَّهُمَّ إلَيْكَ أشْكُوْ ضَعْفَ قُوَّتِيْ وَقِلَّةَ حِيْلَتِيْ وَهَوَانِيْ عَلَى النَّاسِ
ياَ أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ وأنْتَ رَبِّيْ
إلَى مَنْ تَكِلُنِيْ؟ إلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِيْ؟ أوْ إلَى عَدُوٍّ مَلَكْتَهُ أمْرِيْ؟
إنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلاَ أُبَالِيْ غَيْر أنَّ عَافِيَتَكَ أوْسَعُ بِيْ
أعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ أشْرَقَتْ بِهِ الظُّلُمَاتُ وَصَلَحَ عَلَيْهِ أمْرُ الدُّنْيَا والآخِرَةِ
مِنْ أنْ تُنْزِلَ بِيْ غَضَبَكَ أوْ تُحِلَّ بِيْ سَخَطَكَ
لَكَ العُتْبَى حَتَّى تَرْضَى ولاَ حَوْلَ ولاَ قُوَّةَ إلاَّ بِكَ
*********************
Ya Allah...
Aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku,
sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih...
Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku.
Kepada siapa Kamu serahkan aku?
Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis
atau kepada musuh yang menguasai urusanku?
Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku,
aku tidak peduli (apa yang menimpa).
Namun keselamatan dari-Mu lebih melapangkan aku.
Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan
serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat.
Aku berlindung dari kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu
terkena kepadaku.
Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha.
Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu...
******
Orang yang berjuang dijalan Allah, menjual harta dan dirinya untuk perjuangan jihad filsabilillah. Tiada istilah kalah dalam perjuangan, sama ada kita berjaya atau tidak itu semua urusan Allah, yang akan dipersoalkan ialah sejauh mana kita menginfak harta dan diri ini untuk JalanNya. Kita tak sama dengan mereka, kerana ketenangan jiwa, kemuliaan rasa, kemakmuran diri tidak pernah ada pada mereka-mereka yang buta tentang hakikat ketuhanan.Tidak akan dirasai, melainkan hanya ada pada orang-orang yang terpilih...
~din.cyrptos~



0 ulasan: