والصلاة والسلام على الرسول الكريم الذي جمع القلوب المتنافرة وألف به النفوس
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala i'tikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain". [Yusuf:108]
Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w. telah berdakwah menyeru manusia mentauhidkan Allah atas dasar ilmu dan yakin.
Dakwah juga merupakan satu tuntutan Allah yang berkait rapat dengan keimanan setiap individu muslim. Keimanan tidak akan sempurna sehinggalah kerja-kerja dakwah terlaksana.
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian, ialah orang-orang yang berjaya". [Aali 'Imraan:104]
Imam Ibnu Kathir juga telah menyebut di dalam tafsirnya mengenai ayat ini, bahawa perlunya ada satu golonganyang memainkan peranan berkerja dalam medan dakwah. Sekalipu dakwah merupakan satu tuntutan kepada setiap individu muslim berkerja secara bersendiri (fardi), namun dalam satu-satu keadaan menjadi wajib kepada setiap individu bergerak melalui jema'ah (parti) serta mengorbankan sepenuh tenaga dan masa untuk jema'ah. Contohnya apabila dakwah tidak mampu dilaksanakan secara fardi.
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan". [al-Maaidah:2]
Ini merupakan satu lagi hujjah yang dapat kita petik tentang betapa pentingnya menggabungkan diri dan berkerja untuk Islam.
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [at-Taghabuun:14]
4.3 Mabuk Dunia dan Harta
Di sana ada lagi satu rintangan yang terdedah kepada sebahagian pendokong-pendokong dakwah. Rintagan ini memerlukan daya tahan yang keras kerana daya tarikannya juga sangat keras, iaitu terbuka pintu dunia kepada mereka, berkembangnya urusan mencari harta, mudah memperolehi harta sedikit demi sedikit sehingga menjadikan dirinya mabuk harta. Segala waktunya, usahanya, tenaga pemikirannya ditumpukan untuk mencari harta dan melonggokkannya. Akhirnya dia menjadi alat harta yang pada mulanya dicari untuk menjadi alat dakwah dan jihadnya.
Padahal harta yang sedikit tetapi mencukupi ianya lebih baik daripada harta yang banyak tetapi melalaikan.
4.4 Suara-suara Penghalang dan Negatif Yang Melemahkan
Sebahagian lagi rintangan-rintangan yang perlu kita perhatikan supaya kita tidak memandang ringan akan bahayanya, ialah suara-suara atau bisikan-bisikan yang menghalang dan melemahkan yang selalu dibisikkan kepada para pendokong dakwah.
Ia timbul dalam berbagai-bagai bentuk sama ada berbentuk nasihat atau tunjuk ajar. Ajaran-ajaran dan ancaman dari pihak yang mempunyai penyakit dalam hatinya atau dari golongan yang lemah semangat dan malap cita-citanya untuk meneruskan perjalanannya serta tidak sangggup memikul beban dakwah. Mereka lebih mementingkan kesenangan dan keselamatan daripada panas terik jihad dan nyalaan dakwah Islam ataupun hasutan-hasutan yang timbul dari musuh Allah yang sentiasa mengatur tipu daya untuk memalapkan dan terus memadamkan cahaya Islam dari muka bumi Allah ini.
Allah s.w.t menyuruh kita supaya berjaga-jaga dan membuka tembelang mereka dalam firman-Nya:
"Dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang pada musim panas ini)". Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka jahannam lebih panas membakar," Kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami". [at-Taubah:81]
"Mereka juga yang mengatakan tentang hal-hal saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian hindahrkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar". [Aali 'Imraan:168]
4.5 Kekerasan Hati Akibat Telah Lama Berehat
Ini adalah satu lagi rintangan yang memerlukan kepada kewaspadaan kerana ia akan muncul secara perlahan-lahan dan tanpa disedari oleh pendakwah-pendakwah, iaitu kekerasan hati lantaran telah lama berenggang dari kegiatan dakwah lalu lemah dan kemahuannya beransur-ansur hilang untuk terus bergiat dan berusaha dalam urusan dakwah dan akhirnya padam di dalam dirinya.
Hatinya semakin hari semakin berkarat sehingga tatkala membaca al-Quran hatinya tidak mendapat sebarang kesan, sembahyang tanpa khusyuk, kadang-kadang lupa terus mengerjakan sembahyang tanpa ada rasa berdosa dan bersalah.
Mereka telah hilang sifat sebagai seorang mukmin yang telah digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah". [al-Anfaal:2]
5.0 PENYELESAIAN KEPADA MASALAH INI
Di sini dibawa beberapa penyelesaian kepada masalah ini, walaupun tidak semua dapat dikumpulkan dalam risalah yang ringkas ini tetapi ianya sebagai kesimpulan yang boleh digunakan untuk kembali berkerja dengan Islam dan mengorbankan segala usaha dan tenaga di atas jalan-Nya.
5.1 Kembali Kepada Perintah Allah Dan Mengenali Tanggung jawab Diri
Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa kita adalah satu ummah yang dicipta oleh Allah s.w.t untuk memikul bebanan Islam sebagaimana firman-Nya:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian, ialah orang-orang yang berjaya". [Aali 'Imraan:104]
Menyedari hakikat inilah maka tugas ini adalah tugas kita tanpa boleh kita berikan sebarang alasan untuk meninggalkannya. Kita juga sepatutnya memiliki sifat-sifat mukmin yang sejati sebagai senjata menentang kemungkaran dan menjadi benteng dalam kerja-kerja dakwah. Firman Allah s.w.t.:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang berpaling tadah daru ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhdap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya". [al-Maa'idah:54]
5.2 Mengikhlaskan Diri Kepada Allah
Setelah kita memahami dengan sebenarnya konsep-konsep ikhlas maka dengan ini akan lahirlah dalam diri kita untuk berkerja dan mengorbankan sepenuh tenaga untuk agama Allah. Bukan berkerja semata-mata untuk mendapat habuan sementara atau "udang di sebalik batu". Kita mesti memahami dengan betul maksud dari firman Allah:
"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar". [al-Bayyinah:5]
5.3 Mengharapkan Ganjaran Daripada Allah Semata-mata
Setiap pendokong dakwah atau gerakan mestilah meyakini bahawa setiap kerja atau setiap langkah yang mereka lakukan bukanlah sia-sia, walaupun pada zahirnya mereka tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada manusia, mereka tidak mendapat kedudukan dan tempat yang tinggi di mata manusia namun Allah tetap akan membalas usaha mereka itu, malah lebih dari apa yang mereka harapkan kerena janji Allah tetap benar di dalam firman-Nya:
"Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang disekeliling mereka dari orang-orang 'Araab ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan meresai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh-melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang salih. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil, atau besar; dan tidak mereka melintasi sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan". [at-Taubah-120&121]
Dengan keyakinan yang teguh inilah boleh mendorong setiap pendokong gerakan Islam untuk menempuh setiap rintangan dan keperitan serta ranjau-ranjau dalam perjalanan dakwha Islamiyan.
Dipetik dari kertas kerja
MEWAKAFKAN DIRI UNTUK ISLAM SATU TUNTUTAN
0 ulasan:
Post a Comment