Thursday, April 24, 2008

Mulakan Usaha Dengan Kembali kepada-Nya...

"Hari ini nak kemaskini blog, hafal al-Quran dan baca kitab." Hati saya merangka-rangka jadual aktiviti saya pada hari ini. Anda bagaimana? Mungkin lebih padat jadualnya daripada saya. Walau apapun moga-moga apa yang kita usahakan dapat menyumbangkan sedikit manfaat kepada ummat. Kalau banyak itu lebih baik.

Setiap orang pasti mengharapkan keberhasilan dan kejayaan dalam setiap pekerjaan. Namun berapa ramai yang menyedari bahawa kembali kepada Allah itu langkah pertama dan utama ke arahnya? Bagaimana caranya memulakan usaha dengan kembali kepad-Nya?

Berkata Syeikh Ibnu Ato'illah As-Sakandariy dalam salah satu Hikamnya:

"Di antara tanda-tanda kejayaan di akhir (usaha/pekerjaan), kembaili kepada Allah di awalnya."

Mafhumnya, jika keinginan kita tertuju kepada suatu perkara (apa sahaja) dan kita mengharapkan kejayaan dan kebaikan di akhirnya, maka sayugialah kita memperhatikan beberapa perkara di awal usaha kita itu.

Yang pertama: Memohon restu Allah taala dengan berdoa atau berzikir sekurang-kurangnya membaca Bismillah.

Yang kedua: Ikhlas kepada Allah tanpa mengharap pujian atau apa sahaja habuan dunia.

Yang ketiga: Berkerja dan berusaha sesuai dengan perintah Allah tanpa melanggar batas syariat-Nya.

Yang keempat: Meyakini bahawa hanya Allah sahaja yang Berkuasa menjayakan suatu perkara dan segala yang berlaku atas kehendak-Nya jua.

Bila mana keyakinan sebegini sudah tertancap di hati kita maka tiada lagi erti kecewa dan putus asa dalam kamus kehidupan. Kita percaya bahawa yang baik dan buruk daripada Allah jua. Semuanya mengandungi hikmah dan kebijaksaa-Nya terhadap sang hamba yang rata-ratanya jahil tentang hakikat yang tersembunyi.

Firman Allah taala:

"Padahal Allah-lah yang Menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu." [as-Soffat:96]

Dan keyakinan ini jugalah sumber semangat dan kekuatan orang-orang yang beriman. Ia mendorong mereka untuk tekun dan bersungguh-sungguh. Kesilapan dan kegagalan bukan lagi halangan. Segala mehnah dan ujian dirempuh demi mencapai redha-Nya yang sedia menanti.

Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan orang yang sebenar-benarnya beriman. Justeru itu marilah sama-sama kita kembali kepada Allah dalam setiap usaha yang kita lakukan. Wallahu a'lam.

*Rupanya sayalah orang pertama yg diuji dg artikel ni.. Hu hu.. Kepada kawan2.. Klu ada komen dan pandangan silalah kongsikan ye.. Trima kasih..

2 ulasan:

Budak Kampung Kita said...

saya juga mempunyai Impian yang teguh tetapi laluan dan jalan itu terlalu sukat ditemui, Tahniah.

Anonymous said...

Ya akhie,
utk mendapatkan sesuatu yg berharga jalan yg dilalui pasti sukar dan memenatkan. Berusaha keras mendapatkan sesuatu lebih besar kepuasannya daripada meraihnya dg mudah dan sambil lewa..

Ajukanlah cita2 itu kepada Allah, pasti akan disuluh-Nya lorong yg harus dilalui.

Firman Allah Taala:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang2 yang berbuat baik." [al-Ankabut:69]

saya jg baru mula nak belajar menghayati hidup ini. Walaupun sering melakukan kesilapan, saya tetap memberi peluang kepada diri untuk berubah dan memperbaikinya.

Smg Allah permudahkan setiap urusan.